Monday, February 20, 2017

Disihir Bekas Kekasih

Assalamualaikum,hari ini aku nak ceritakan pengalaman aku disihir oleh ex bf aku..Nama aku Filzah Damia binti ibrahim. Masa tu bulan november 2016...aku berusia 22 tahun, belajar di ipta....time tu aku berkenalan dengan seorang mamat ni  sejak tahun pertama lagi kat ipta.... Umur dia pulak sebaya dengan aku....daripada kawan terus declare jadi kekasih.Nama dia danish nadzhan... Mula-mula memang lah bahagia tapi lama kelamaan hubungan kitaorang jadi hambar dan lesu.... satu hari tu aku baru habis exam untuk semester pertama, yelah  masa tu jurusan yang aku dan danish ambil lain-lain sebab exam kebetulan dibuat di dewan yang berasingan masa tu.... tiba tiba di cafeteria aku nampak dia dengan perempuan lain hati aku memang hancur dan berkecai sebab dia kata dia setia dengan aku sorang je,rupa rupanya dia kaki perempuan lepas tu kuat minum arak.aku terkejut sebab dapat tahu perangai sebenar danish.. Akhirnya aku bergaduh besar dengan perempuan tu dengan danish sekali kena sembur dengan aku, akhirnya kitaorang putus dan buat haluan masing masing,tapi 3 bulan pertama dia asyik kacau aku je lepas tu terus aku off phone aku sebab nak elak jawab call,  mesej dan whatssap dari dia. 6 bulan berlalu akhirnya aku jumpa pengganti, dia ni memang sangat baik dan caring, namanya tengku farid amar bin tengku irham hashim,berusia 24 tahun,beza tua setahun.....akhirnya kitaorang declare terus lepas tu family aku dah decide untuk jodohkan aku dengan tengku farid memang kitaorang happy sangat....dalam masa tempoh bertunang selama dua bulan tu banyak dugaannya, yelah tengku farid memang famous kat ipta sebab dia kan anak berketurunan tengku, kaya raya pulak tu....Ramai perempuan kat ipta tu semua jelous tapi tak adalah sampai nak menyihir.... Tapi tiba tiba pada satu malam, aku terasa macam aku ni malas nak belajar,solat pun tunggang langgang ,hati rasa panas je dan selalu rasa nak marah dan tiba tiba perasaan rindu kat danish tu muncul and then stamina aku lemah, kadang kadang bergaduh dengan tunang  sampai maki hamun tapi sebenarnya tu bukan aku.... Masa cuti semester, family aku bawa aku pergi berubat kat kampung ayah aku kat johor bharu, ada seorang ustaz yang pandai bab bab makhluk halus ni.... Bila dia periksa betul betul akhirnya ustaz tu explainkan dekat mommy dan papa aku sebenarnya aku telah disihir oleh seseorang... Aku meronta ronta macam orang gila bila ustaz tu baca ayat ayat alquran masa tu family tengku farid pun ada sekali sebab mommy dan papa aku nak buktikan yang aku memang betul betul kena sihir dan dirasuk..... Selepas 5 jam, akhirnya badan aku lemah tak bermaya dan aku loya sampai termuntah dalam besen besar yang disediakan oleh isteri ustaz tu.... Memang sakit sangat tekak ni dan ustaz tu tengok macam macam barang jumpa dalam besen tu, ada segumgumpal rambut, 3 batang paku lepas tu 4 jarum peniti. ....peritnya hanya tuhan jelah yang tahu.... Akhirnya aku dapat tahu si danish tu sihir aku, sebab dia jelous bila ada lelaki yang lebih popular dari dia mendekati aku, rapat dengan aku....sampai hati dia buat kat aku macam ni.... Tak lama lepas tu aku tukar nombor telefon, hanya family dan kawan rapat aku je yang tahu number telefon baru aku.... Akhirnya pada 1 haribulan may 2017,aku dan tengku farid selamat disatukan, syukur alhamdulillah ..... Dan dua bulan kemudian aku dapat khabar berita yang danish dah arwah sebab exciddent dengan lori.....sebaik saja aku dengar berita tu dari budak  classmate aku terus aku terdiam dan berfikir sejenak, akhirnya aku buat keputusan untuk maafkan semua kesalahan arwah kepada aku dulu.... Aku harap sangat yang hidup aku diberkati dan dirahmati allah swt, aminnn......

Sunday, February 19, 2017

Petua Kulit Cerah

Assalamualaikum bloggers, haa kan hari tu aku ada janji nak share macam mana nak bagi kulit ni cerah kan?  So aku akan share petua ni :-

1.Sabun Beras

-sabun beras boleh dipakai tak kisah la budak kecik me, orang dewasa atau orang tua... Sabun beras memang aku beli kat maklong aku.... Maklong aku ni peniaga kat padang besar perlis macam-macam yan dia jual dalan banyak-banyak barang sabun beras yang memang sentiasa menjadi pilihan.... Korang just cuci muka pakai sabun beras kena amalkan secara konsisten .....lama kelamaan korang akan nampak perbezaannya.... Sebab apa aku pilih untuk guna sabun beras?  Sebab dia tak ada bahan kimia, semuanya diperbuat daripada bahan -bahan asli sebab pencuci muka yang yang berkemungkinan ada bahan kimia macam fair and lovely, garnier ,loreal and somehing else.. Aku lebih percayakan bahan yang organik sebab dia ada khasiat dan zatnya yang tersendiri....

2.Aloevera

-haa.... Aloevera ni memang berlambak jual kat kedai-kedai jamu so korang boleh beli yang betul-betul original bukanya fake tau.. Korang just sapukan kat wajah korang setiap hari dan biarkan kering..... Lepas tu  selepas dua minggu baru la nampak kesannya..... Aloevera ni orang panggil lidah buaya.... Inshaallah mana kulit yang berjerawat tu  ,jerawat tu akan beransur kecut ....tak payah pakai krim anti jerawat, atau pon picit, kalau picit jerawat lagilah kuman dia merebak faham.....

3.Air rendaman beras

-yang ni korang boleh amalkan tapi ingat jangan bazirkan beras dah la ya!  Hahaha!  Okay, first korang kena rendam beras tu selama satu jam lepas tu ambil air  beras tu dan sapukan dekat bahagian muka.. Lama kelamaan korang akan rasa yang wajah korang akan nampak glowing giteww... Hihihi.....

4.Pelembab kulit
-okay, yang ni korang kenalah pandai cari pelembab kulit  yang sesuai dan organik yang boleh disapu kat muka dan kulit bahagian lengan sebagainya.... Sapu secara kerap and then kulit korang takkan terasa kering macam air kolah yang kering kontang.....

5.Banyakkan minum air kosong

-yang paling senang,korang mesti banyakkan minum air kosong okay... Setiap kali dahaga korang minumlah air kosong... Sebab apa, ia boleh buang toksin dalam badan tau... Rajin-rajinlah minum air masak ye....

Tips untuk kurus

Assalamualaikum kepada semua bloggers... Hari ni  aku nak share kan tips untuk kurus.... Lain orang lain la cara dia kan?  Dulu saudara mara ada yang tegur aku sebab badan aku berisi(gemuk)  so, aku bertekad untuk kurus.... So ini la cara aku :-



1.Minum air mineral/air kosong
-memang diantara korang yang memang tak suka minum air mineral(air kosong) tetapi percayalah cakap aku air inilah yang boleh menghilangkan dahaga pada waktu panas dan musim sejuk.... Kadang-kadang  kalau waktu sarapan aku akan minum air kosong selepas aku minum air yang bergula macam kopi o, teh atau koko.... Kalau korang yang tak berapa gemar nak minum air mineral cuba -cubalah latih perut dan ubah selera korang ,lama -lama nanti akan jadi kebiasaan....

2.Kurangkan makan makanan bergoreng

-bab ni agak mencabar sikit, aku  ni memang gemar makanan yang bergoreng macam cucur, jemput-jemput  and kuih muih yang bergoreng macam donat, karipap, popia dan sebagainya... Tapi aku sejak dari  aku umur 11 tahun lagi aku dah kurangkan makan makanan bergoreng.... Petang -petang kalau mak aku tak  buat cucur ke or something else aku akan makan biskut tapi biskut yang tak bergula......selain tu roti jugak jadi pengganti kadang-kadang aku akan bakar roti (jangan sampai hangus yer, hahaha!) lepas tu sapukan dengan jem kaya atau jem yang berperisa buah buahan.....

3.elakkan minum air bergas

-serious aku cakap yang ni memang aku elakkan sebab aku jarang minum air gas aku minum dalam sebulan 2 kali jer, sekali sekala apa salahnya kan? sebab kandungan gula dia memang tinggi kot sebab takut dapat penyakit kencing manis.... Kalau perlukan energy yang banyak just korang minum susu je.... Kalau korang yang elergi dengan susu korang boleh makan oat tak kisah pagi, malam or petang.....

4.Makan nasi sekadar yang diperlukan

-bab nasi ni susah sikit sebab aku tak boleh dipisahkan dengan nasi, so korang boleh ambil nasi sekadar yang korang perlu (jangan ambik dalam kuantiti yang banyak !)kalau korang nak tambah lagi nasi just  ambik dalam kuantiti yg sikit sahaja....


5.minum minuman kesihatan(for women only)

- bagi kaum hawa ,korang boleh minum jamu  nak bagi badan tu fit sebab apa jamu ni boleh membuangkan angin dalam badan selain dapat menjaga kesihatan dalaman...... Bagi yang tak biasa minum jamu sebab jamu ni ada yang ingredient dia ada kunyit dan halia, so korang boleh try kacip fatimah.... Aku dah amalkan selama 4 minggu alhamdulillah aku dapat bentuk badan yang ideal disamping dapat meremajakan kulit ni nak bagi flawless gitu.. Hahaha....

6.Banyakkan berpeluh,
-okay, kalau korang yang memang malas nak bersenam tu apa kata korang try menari ikut rentak muzik yang korang suka, tak kisah muzik apa asalkan muzik tu rancak ....lelaki and perempuan boleh try.... Aku ni memang jenis suka menari, so aku kadang -kadang kalau boring aku akan menari  selama 2 atau 3 jam, lepas tu terus lap peluh.... Kalau korang tak selesa dalam keadaan yang tak berkipas korang switch on jer kipas tapi pastikan perlahan aje ya dia punya tahap kelajuan tu.... Kalau aku aku akan bukak nombor satu sebab butang kipas kat rumah memang bernombor... Ngeee!! Hihihi...



Itu saja post aku untuk kali ni... Next post aku akan share macam mana nak cerahkan kulit okay... Tunggu!!!


Thursday, September 15, 2016

Saat Hilang Cintamu BAB 47

"Dayyan jom kita dinner sekali " dah lama tak dinner sama sama".Pada malam itu, Izzara menyediakan juadah makan malam yang sangat menyelerakan antaranya nasi goreng cina, telur mata, dan daging masak merah...
"Hmm okay"... "lepas ni kena pergi mahkamah  dengan Quad untuk beri keterangan yang sebenar", kat media sosial, surat khabar kecoh pasal  you kemalangan tau"..."ohh,okay cepat sikit sayang nanti lambat nak pergi balai polis "...  Di mahkamah, Dayyan memandang Sherry dalam keadaan bengang dan benci terhadap wanita itu..."Dengan ini, mahkamah memutuskan Cik Sherry binti Ibrahim bersalah atas cubaan melakukan pembunuhan terhadap encik Dayyan Idraqi dan dijatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun dan dikenakan denda sebanyak RM 20,000 ringgit "..sebaik sahaja mendengar hakim berucap,Dayyan Idraqi menarik nafas lega kerana telah selesai kesnya untuk hari ini..

"Dayyan sayang tolong i, i tak salah please safe me dear sayang sugar " kata kata itu terus menaikkan kemarahan Dayyan Idraqi dan akhirnya tangan Dayyan Idraqi dihayun tepat ke wajah wanita itu.... "kau jangan harap aku akan lepaskan kau, kau dah banyak menyusahkan hidup aku! " ingat kalau kau menganggu hidup aku aku takkan biarkan kau terlepas kali ni!" " You!  jangan buat macam tu!  diakan perempuan " ,"sayang ,tak payah nak bela perempuan murah macam ni, Sherry dengan i cuma bekas kekasih dan sekarang orang  yang i cinta hanya you seorang faham tak!  Membuatkan Izzara tersentak disitu,mukanya cemberut, "huh! Tau lah sayang takkan dengan aku aku sekali nak marah? " huhuhu... it so kay, maybe kau tak patut masuk campur tadi Izzara cuba menyedapkan hatinya. ,Tulah siapa suruh cari nahas hahaha!! Gasaklah....

" Setelah 4 bulan berlalu,akhirnya Izzara disahkan mengadung 3 bulan dan orang yang paling excited sudah tentulah Dayyan Idraqi hahaha... excited dia mengalahkan budak budak.... Sepanjang kehamilannya, morning sickness agak teruk dan mujurlah Dayyan memperlahankan aktiviti seninya seketika dan baru baru ni dia ditawarkan berlakon untuk sebuah drama adaptasi novel yang romantik dan jalan ceritanya agak menarik.... "Sayang,i tak sabar nak tunggu kelahiran anak kita ni" "Dayyan, inshallah lagi 2 bulan cukuplah 9 bulan"..

Selepas melahirkan dan habis pantang di Kuala Lumpur, Izzara terdengar khabar berita yang Sherry dah bebas daripada penjara,perasaan Izzara tak keruan dan rasa tidak sedap hati menguasai dirinya.... Dayyan you nak ke mana? " "i ada konsert kat JB nak ikut tak?" "Nak, sekarang jugak i siapkan baju baby dan baju i sekali".. "eh,you dengar berita tak yang Sherry dan bebas daripada penjara?" " Sherry bebas daripada penjara?" Ohh i dah lama tahu so jangan risaulah dia takkan apa apakan kita "....

Sejak akhir akhir ni Dayyan Idraqi sering pulang lewat ke rumah dan pada satu hari kejadian yang tak terduga telah pun terjadi,Dayyan Idraqi ditangkap  khalwat bersama dengan Sherry.... sebaik saja Izzara mendengar berita itu dia membawa diri ke Perlis untuk menenangkan fikirannya... "kenapa you buat macam ni Dayyan!!!! teriak Izzara kesal dan kecewa disebabkan suaminya yang ditangkap khalwat...."berita terkini, kes tangkap khalwat seorang penyanyi dan seorang  pelakon wanita   merupakan sebahagian daripada rancangan jahat artis wanita itu dan sebenarnya ada seorang rakan  artis wanita ini yang bernama Adila telah menjelaskan perkara sebenar "....demikian dek berita yang terdengar oleh Izzara  dikaca tv,bergegas Izzara pulang ke rumahnya ...

"Berani kau sakiti Izzara!!! " itulah kata kata Hazim sepupu Izzara dan Dayyan berkata "woi kalau kau tak tahu cerita sebenar jangan main terjah!! Ini semua satu perangkap dan perempuan murahan tu ialah Sherry dan semua ni terjadi angkara dia! kau jangan  kacau wife aku atau kau akan tahu akibatnya!" Sebiji penumbuk  Dayyan Idraqi mengena ke perut Hazim dan akhirnya Hazim meminta maaf atas kata katanya itu..."kalau jagalah Izzara baik baik jangan sekali kali kau sia siakan dia faham" kata Faril selepas meleraikan  pergaduhan yang tercetus... muka kacak Dayyan Idraqi habis lebam lebam dan mengambil masa sedikit untuk sembuh....

"Dayyan, maafkan i, i dah salah sangka terhadap you ","sayang,.i sepatutnya minta maaf, sebenarnya i keliru dengan perasaan i " luahnya lagi... maafkan i sebab buat sayang  menderita, i abaikan you dan anak kita", " tak apalah you,maybe ini ujian Allah swt untuk kita supaya kita menjadi lebih kuat dan tabah".... " tak apalah Dayyan, i izinkan you kahwin dengan Sherry, this is the best for us Dayyan", ucap Izzara.... "habis tu i kena fikirkan perasaan you jugak sayang " you sanggup ke nak bermadu?" I sanggup asalkan Sherry tak apa apakan kita ".... "memandangkan sayang dah cakap macam tu "i sanggup  berkorban untuk sayang " kelihatan sebak wajah Dayyan Idraqi ketika ini .....

Majlis pernikahan Dayyan Idraqi dan Sherry tersebar luas di media sosial dan di dada akhbar.. apabila tiba harinya,Izzara mula sebak dan berandaian yang dia akan kehilangan suaminya yang amat dia cintai dan akhirnya mereka tidak dapat bernikah  kerana Sherry meninggal dunia akibat dibunuh oleh bekas kekasihnya..... Izzara terkejut menerima berita itu dan akhirnya cinta mereka tetap kukuh dan abadi selamanya... "i love you Dayyan Idraqi,", "i love you too Izzara Helina "... mereka memandang ke arah laut dan Izzara mengusap perutnya yang memboyot itu, tidak lama lagi mereka dikurniakan cahaya mata kedua ,mereka bercuti di Amsterdam setelah tiga bulan sibuk dengan kerjaya seni...... moga cinta mereka terpatri selamanya,aminnn....

Saat Hilang Cintamu BAB 46

"Assalamualaikum?" Ni Puan Izzara Helina ke?" " ye saya ,dengan siapa ye saya bercakap ni?" Saya Inpektor Zafuan dari balai polis Bukit Aman kami nak maklumkan yang suami puan Encik Dayyan Idraqi terlibat dalam kemalangan bersama rakannya Encik Quad"...
Selepas sepuluh minit, terus Izzara berkata ya allah ye ke? dalam 15 minit lagi saya sampai ye encik"..Di mana lokasinya ya? " "lokasinya di Hospital Kuala Lumpur" terima kasih ye encik" sama sama puan"...

"Mama Dayyan kemalangan " hahhh?" What?  Kemalangan?  Ye mama jom kita ke hospital tadi pihak polis dah telefon Izzara tadi " sambil bergelinangan air mata " dah Izzara jangan menangis lagi,Izzara kena kuat dan kena sabar hadapi musibah ni ye,kalau Izzara sedih, mama lagi sedih sebab Dayyan lah satu satunya anak bongsu mama"....

"Doktor macam mana keadaan suami saya?"
Alhamdulillah suami puan dan rakannya dah stabil cuma buat masa ni puan tidak dibenarkan lagi melawat  dan mujurlah pihak ambulan cepat datang ke hospital kerana suami puan mengalami kecederaan di kepala mujurlah tidak serius" dan encik Quad mengalami kecederaan di kaki ".."syukur alhamdulillah terima kasih doktor"....Keesokan harinya Izzara melawat suaminya dan apabila Dayyan Idraqi sedar di bertanyakan soalan..

"Mama mana?" Mama tak ikut sekali ke jenguk i ?" kejap lagi mama you datang sebab sekarang mama  tengah kerja, tak apalah i temankan you ye kat sini "..."You macam mana boleh exciddent? "Izzara mula menyoal suaminya....  " masa tu i dalam perjalanan nak ke lokasi anugerah FFM ke 28 untuk perfom   kat Ampang sebab i kan dijemput sebagai artis jemputan, masa tu ada kereta tiba tiba hentam kereta yang Quad pandu"..." tak apa benda nak jadi kan,lagi pun polis tengah buat siasatan sebab  kemalangan tu  ada kaitan dengan Sherry sebab Quad cerita kat i yang dia cam nombor plat kereta sherry tu","What?" Sherry? She is too much! How dare her!,Dayyan Idraqi mula naik angin, "you janganlah stress nahh makan sikit,ni sup ikan haruan bagus untuk sembuhkan luka dalaman tu"

"Baiklah i ikut cakap you biar polis je yang buat kerja " hmm, i terkilan tak sempat kita nak honeymoon kan sayang? " " tak apalah yang penting you sembuh dulu baru fikir nak honeymoon kat mana"...selepas seminggu lebih dimasukkan ke hospital, Izzara dan Dayyan Idraqi meneruskan kehidupan mereka dengan berhoneymoon di Korea, tetapi sikap Dayyan Idraqi mula berubah,lelaki itu menjadi pendiam dan bila ditanya sepatah sahaja yang dijawab oleh Dayyan Idraqi ,mungkin kesan daripada kemalangan itu yang membuatkan Dayyan Idraqi bersikap begitu....

"Hahahaha padan muka,jantan tak guna!" aku akan pastikan kau menderita dan takkan bahagia dengan perempuan tu!"  " woi Sherry what have you done?" kau tau tak nasib baik Dayyan  tak cedera parah kalau tak nahas kau tau tak, pihak polis pun tengah buru kau tau!" kau memangkan tak boleh tengok orang lain bahagia"suara nyaring Adila memecah kesunyian dan Sherry pun lantas berkata "dah memang dia layak mati sebab aku tak sanggup tengok dia bersama dengan perempuan lain!" sambil berlinang air mata di kelopak mata gadis itu....

"Kau carilah lelaki lain Sherry kau bukannya tak cantik, cuma kau kena ubah attitude kau ni faham tak itu sebab aku sarankan kau serah diri pada polis dan lepas kau keluar jail nanti kau mulakan hidup baru ye " " What?! no!! Dayyan is mine! hati aku sakit bila tengok dia dengan perempuan tu!" "Wei pihak polis datanglah kau ni! " " Cik Sherry binti Ibrahim?

" ye saya", " awak ditahan kerana disyaki melakukan cubaan membunuh terhadap   encik Dayyan Idraqi " ," tuan! saya tak salah tuan lepaskan saya! ."sudah,ikut kami ke balai atau kami akan kenakan hukuman yang lebih berat lagi"...."Dila tolong aku Dila!! ," sorry, aku tak boleh tolong kau dalam hal ni kau memang layak mendapat hukuman yang setimpal atas perbuatan kau,mintaklah ampun banyak banyak pada Allah ye Sherry"...

Saat Hilang Cintamu BAB 45

Izzra bergegas mencuci pingan dan mengemaskan sudu dan mangkuk yang berselerak..... "you jom kata nak ziarah kubur arwah mama you" Dayyan Idraqi mula menyoal... "ermm okay, let,s go....

"You,I rasa kesian kat you, kecik kecik lagi you dah tak ada mama " ...."dah takdir  you,benda dah jadi nak buat macam mana.. tiba tiba air mata izzara mengalir dan Dayyan Idraqi seraya berkata "you jangan sedih ye i akan jaga you dan i serious nak kahwin dengan you.. you sayangkan i tak"?

"Mestilah sayang, but kena mintak restu dan persetujuan dari family I dulu... "Tok abah  setuju kalau kamu berdua nak kahwin, tapi dengan .syarat kena la buat persiapan,kamu fahamkan maksud Tok abah ni?" "Kami faham Tok Ma" jawab Izzara... eh kejap malam ni you ada konsert kat area bandaraya Melaka kan?  Why not kita ke sana terus? Soal Izzara...

Haah la okay la jom kita gerak sekarang....
Selepas selesai sahaja konsert, Dayyan Idraqi melamarnya dan akhirnya Izzara bersetuju untuk berkahwin dengan Dayyan Idraqi...
Pada bulan 10 majlis pertunangan diadakan  dan sepanjang majlia tersebut dua orang sepupu Izzara, Faril dan Hazim hanya mendiamkan diri dan melihat majlis itu berjalan sehingga selesai...

Akhirnya pada bulan 2 mereka disatukan dan majlis resepsi mereka amat meriah sekali dan kelihatan kakak dan mama Dayyan Idraqi kak Dayana dan Puan Halidah di ruang menyambut tetamu...Pada malam perkahwinan mereka, Dayyan Idraqi bertolak ke Ampang untuk membuat persembahan di anugerah FFM ke 28...

Dayyan Idraqi melayan perasaannya dan Quad memulakan perbualan... Hey!  Bro apa ni buat muka monyok macam tu? Tahulah hajat kau tak tercapai untuk malam pertama, hahaha!!! Woii kau ni kan hal dalam kelambu tak payah la cakap kat sini! Mukanya merah bagai darah menyerbu ke muka...

weyhh kereta weyhh jaga jaga!!!!  Dayyan Idraqi menjerit serta merta kereta yang dipandu Quad terbabas dan diheret hingga ke tepi divider.... Izzara kenapa ni?  Soal puan Halida, entahla mama Izzara rasa macam tak sedap hatilah"....It so kay Izzara rehat jelah ye jangan layan sangat perasaan tu,kesian Izzara penat dari pagi tadi sampai sekarang tak ada rehat sebab majlis kenduri kahwin ni...

Friday, April 15, 2016

Jemputan Majlis Perkahwinan

Aslkm guys dijemput hadir esok 17 April 2016

Ke majlis walimatulurus sepupu sy shamira dan ikram bertempat di taman alam damai indah  cheras kuala lumpur . Hrp dpt memeriahkan majlis ye...